dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Persidangan PEDi MADANI 2023

30 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2023 (Rabu) – Persidangan PEDi MADANI 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama satu hari telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri KKD, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, serta Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din

Persidangan ini dianjurkan untuk mengiktiraf para pengurus dan penolong pengurus PEDi yang merupakan tulang belakang dan nadi penggerak kepada PEDi di seluruh negara. Beberapa kategori anugerah seperti Pengurus PEDi dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik, Usahawan PEDi Terbaik, PEDi Terbaik serta Anugerah Khas PEDi telah disampaikan bagi menghargai sumbangan mereka. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan sepanjang persidangan tersebut termasuk sesi masterclass, pocket talk dan perkongsian, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi, syarikat-syarikat telekomunikasi serta rakan kolaborasi

Usahawan PEDi Presint 9 Fasa 10 - Muhammad Khairul Bin Abd Karim yang menjual makanan seperti Pizza, Donut dan Bomboloni turut membuka booth jualan. Petugas PEDi Putrajaya juga terlibat menjaga Mother Booth untuk melayani sebarang pertanyaan mengenai peranan dan mempromosi perkhidmatan PEDi yang disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.